Sudah hampir lebih 30 tahun aku melangkah keluar dari perkarangan sekolah itu. Aku tinggalkan seribu kenangan bersama rakan-rakan seperjuangan yang kini meniti kehidupan masing-masing. Baru-baru ini slot jejak kasih dalam kehidupan ku bermula. Aku menghadiri alumni sekolah Menengah Perempuan Sri Aman yang terletak di Petaling Jaya dan bertemu kembali sahabat lama yang hampir 30 tahun kami berpisah.
Ada antaranya masih nampak muda, namun ada juga yang sudah berusia seperti aku. Berada di perkarangan sekolah mengembalikan memori aku pada tahun 70an dimana ketika itu aku bersama rakan2 yang lain menikmati alam persekolahan yang sungguh indah dan penuh cabaran. Zaman remaja kami tidak sama seperti zaman sekarang. kami tidak ada komputer, telefon bimbit , bangunan yang canggih dan peralatan canggih yang dimiliki remaja zaman sekarang. Namun kami tetap bahagia riang dan menikmati zaman kami dengan penuh semangat dan tidak pernah merungut walaupun zaman itu keadaan amat sukar jika dibandingkan pada hari ini.
Walaupun aku tinggal dibandar namun kehidupan tidak semudah hari ini. Kami kesekolah menaiki bas awam dan adakalanya berjalan kaki berbatu-batu jauhnya. Kami tidak pandai meminta2, tapi kami nikamtai hidup dengan penuh ceria.
Apapun banyak lagi yang ingin aku coretkan untuk memori zaman persekolan dan rakan2 sebaya ku. namun buat permulaan aku ingin mendedikasikan blog ini kepada semua rakan-rakan ku disekolah Menengah Perempuan Sri Aman di Seksyen 14 petaling jaya. Aku ingin menyatakan betapa aku bertuah dapat dipertemukan dengan kelian semua setelah lebih 30 tahun kami berpisah. Blog ini aku tujukan khas buat mereka yang mengenali diriku dan adalah satu ekspresi diri ku terhadap kehidupan yang banyak mengajar ku dan menjadikan siapa dirku pada hari ini. Kehidupan ini juga telah di tulis oleh Allah dan aku bersyukur kepada NYA kerana disebalik kesukaran hidup yang pernah aku lalui aku menjadi pendidik yang disayangi pelajar ku.